Program sumbangan kepada asnaf yang memerlukan
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengadakan Program Sumbangan Bubur Lambuk kepada Anggota Polis dan juga asnaf yang terdiri dari anak-anak yatim Rumah As-Sakinah, Papar. Program ini berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, Kota Kinabalu.
Menurut Anggota Lembaga KOPETRO, Datuk Hj. Sahran Bin Untai, sebanyak 1200 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada anggota dan juga jemputan asnaf.
“Kami warga KOPETRO Sabah sentiasa mengambil berat akan kebajikan anggota Polis. Mereka sudah banyak berkorban masa dan tenaga dalam memastikan kemakmuran negeri ini, jadi inilah peluang kami pula untuk santuni mereka.”
Tambahnya lagi, sepanjang Ramadan ini, KOPETRO telah giat menjalankan pelbagai program khidmat masyarakat, antaranya adalah Program Cuci Masjid, Program Sumbangan Bubur Lambuk kepada anggota KOPETRO dan juga Program Sumbangan Kepada Asnaf Yang Memerlukan.
Penyerahan bubur lambuk kepada Anggota Polis serta asnaf telah disampaikan oleh YDH CP Datuk Hazani Bin Ghazali, Pesuruhanjaya Polis Sabah dan diiringi oleh Datuk Hj. Sahran Bin Untai selaku Anggota Lembaga KOPETRO.
Antara Ibu Pejabat Daerah yang terlibat dengan program hari ini adalah, Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu, Ibu Pejabat Daerah Tuaran, Ibu Pejabat Daerah Kota Penampang dan juga Ibu Pejabat Daerah Papar.
Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO.
Facebook: https://www.facebook.com/kopetroberhad
Instagram: https://www.instagram.com/kopetroberhad/
Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di membership@malaysiakini.com atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

