Kuala  Lumpur, 24 November 2023 – Allianz General Insurance Company Berhad (Allianz General) telah menggerakkan lebih 280 buah trak tunda Allianz Road Rangers ke seluruh negara sebagai persediaan untuk memudahkan perkhidmatan tundaan menjelang musim tengkujuh, dan bersedia untuk menggerakkan asset tuntutan banjir termasuk tujuh buah 4x4 berjenama Allianz, sebuah caravan tuntutan, dan sepasukan pelaras ke seluruh negara untuk mempercepatkan siasatan dan memastikan penyelesaian tuntutan yang pantas.

Dikenali untuk inisiatif penyelesaian tuntutan banjirnya yang pantas, pelanggan boleh menghubungi 1-800-22-5524 untuk bantuan tundaan (pemegang polisi Komprehensif Motor) atau untuk mempercepatkan tuntutan bagi pelanggan insurans kediaman atau komersial.

Ketua Tuntutan Allianz General Damian Williams berkata, “METMalaysia telah mengesahkan apa yang kita sudah jangka untuk tempoh akhir tahun. Kami telah menggerakkan trak kami dan bersedia berkhidmat untuk pelanggan kami bagi menyediakan bantuan yang pantas. Kami mahu kekal proaktif dan ingin memastikan perkhidmatan kami mudah diperolehi oleh pelanggan kami, oleh itu, kami juga menambah bantuan tundaan kami untuk semua Pemegang Polisi Komprehensif Motor tanpa tambahan perlindungan banjir.”

Ketua Tuntutan Allianz General Damian Williams

Sebelum ini, METMalaysia juga telah mengeluarkan amaran musim tengkujuh timur laut yang menjangkakan empat hingga enam kali hujan lebat antara 11 November hingga Mac tahun depan. Jika angin monsun kuat dan bertembung dengan kehadiran sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh terjadi dan menyebabkan banjir untuk kawasan rendah atau mudah banjir.

Untuk pemegang polisi individu, seperti SmartHome Cover, Syarikat akan membayar penyelesaian tuntutan penuh atau bayaran interim dalam tempoh lima hari selepas lawatan daripada pelaras.

Pelanggan dengan insurans kebakaran (jalur komersial) boleh menjangka bayaran interim dalam lima hari selepas lawatan daripada pelaras, dengan bayaran tuntutan penuh antara 21 hingga 28 hari selepas lawatan daripada pelaras. Walau bagaimanapun, jika untuk sebab apa pun, Syarikat gagal membuat bayaran tuntutan penuh sebelum hari ke-28, Syarikat akan membantu dalam membuat bayaran interim kedua sebelum hari ke-30.


Artikel ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.