Pusat Inovasi MyXaaS FINEXUS kini secara rasmi diiktiraf oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai Hab Digital Malaysia (MDH), dengan pengiktirafan peranannya dalam menyediakan ruang kerja teknologi yang kondusif untuk syarikat pemula bagi memupuk inovasi, keusahawanan dan keterhubungan dalam ekonomi digital negara yang pesat berkembang.

Pensijilan ini meletakkan Pusat Inovasi MyXaaS FINEXUS dalam kelompok sepuluh terpilih bagi pengendali ruang kerja bersama di seluruh negara yang menawarkan infrastruktur digital berkualiti tinggi, akses kepada pembiayaan, serta bimbingan bagi membantu syarikat pemula berkembang di Malaysia dan rantau ini.

Program Hab Digital Malaysia (MDH) yang dilancarkan pada tahun 2017 merupakan inisiatif MDEC yang mengiktiraf ruang kerja bersama dengan persekitaran kondusif untuk syarikat pemula. Hab ini turut menyediakan syarikat pemula kemudahan penting seperti sambungan internet berkelajuan tinggi serta akses kepada teknologi, pembiayaan dan pelbagai kemudahan lain.

Pembina Ekosistem Syarikat Pemula yang Mampan

FINEXUS berhasrat membangunkan ekosistem syarikat pemula yang mampan dan berkembang maju dengan menggabungkan kepakarannya dalam teknologi kewangan dunia nyata bersama sokongan teknikal dan pematuhan kawal selia.

Melalui Pusat Inovasi MyXaaS di Cyberjaya, FINEXUS menyediakan persekitaran bersepadu yang membantu syarikat pemula untuk berkolaborasi, berinovasi dan memperkembang perniagaan.

Syarikat pemula boleh memanfaatkan kemudahan berikut di Pusat Inovasi FINEXUS MyXaaS termasuk:

  • Ruang kerja moden yang dilengkapi bilik kolaborasi dan ruang acara dengan kemudahan menyeluruh seperti tempat letak kereta, gimnasium, surau, makanan dan minuman, serta van ulang-alik ke Stesen MRT Cyberjaya Utara.

  • Peluang sesi perangkaian industri bersama rakan industri seperti PayNet, MDEC, MAJECA MASSA, Cyberview, CyberSecurity Malaysia, MAICSA, Malaysia Chambers Jakarta, Cradle Fund dan NEXEA Ventures, yang merangkumi topik penting syarikat pemula termasuk pembiayaan, kecerdasan buatan (AI), teknologi awan (cloud), dan peluasan pasaran ke Singapura, Indonesia serta negara lain.

  • Dompet elektronik berlesen yang dipaut kepada kad prabayar maya atau fizikal Visa dan Mastercard dengan tawaran perkhidmatan DuitNow termasuk 'Online / Banking Wallet’ (OBW) dan bayaran rentas sempadan serta pengkreditan gaji berlesen JTKSM bagi pekerja asing.

  • Penyelesaian 'Point-of-Sales' (POS) pendagang yang merangkumi gerbang pembayaran, terminal pembayaran (EDC), POS mini, dan kotak bunyi yang menerima bayaran melalui DuitNow, Visa, Mastercard, Alipay+, dan Alipay — dengan pilihan bagi peniaga menjadi ejen FINEXUS untuk mempelbagaikan pendapatan.

  • Alat sedia guna yang mematuhi kawal selia seperti tandatangan dan pengesahan digital, kenali-pelanggan-anda-elektronik (‘E-KYC’) serta ketekunan wajar pelanggan automatik.

  • Bimbingan kawal selia dan teknikal jurutera berpengalaman dan professional yang telah berkhidmat untuk lebih 100 pelanggan di ASEAN untuk membantu syarikat pemula dalam reka bentuk, integrasi, pematuhan serta pelancaran produk.

  • Infrastruktur teknologi bertaraf bank yang diperakui di bawah RMiT, PCI DSS Tahap 1, ISO 27001 dan piawaian Pusat Data Tier 2 untuk menghoskan aplikasi syarikat pemula dengan selamat.

Kepakaran FINEXUS dalam Teknologi Kewangan

Dengan hampir 25 tahun pengalaman dalam bidang teknologi kewangan, FINEXUS telah membina asas yangn kukuh dalam pemprosesan pembayaran, pengurusan kad, dan sistem teknologi kawal selia.

Syarikat ini dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, PayNet, Mastercard dan Visa, dan sentiasa menyediakan penyelesaian yang patuh, selamat serta boleh diskala untuk bank, institusi kewangan, syarikat korporat dan syarikat pemula.

Disokong oleh lebih RM100 juta dana pemegang saham, FINEXUS menawarkan kekuatan dan kestabilan kewangan kepada syarikat pemula yang mencari rakan strategik yang boleh dipercayai.

Pemerkasaan Bakal Usahawan Digital Malaysia

Pensijilan Pusat Inovasi MyXaaS FINEXUS sebagai Hab Digital Malaysia mengukuhkan lagi kedudukan Cyberjaya sebagai salah satu zon inovasi utama negara. Ia turut mencerminkan komitmen FINEXUS dalam memupuk generasi baharu usahawan digital melalui teknologi, bimbingan dan kolaborasi strategik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hab Digital Malaysia (MDH), layari https://mdec.my/malaysia-digital-hub.

Untuk maklumat lanjut mengenai platform inovasi MyXaaS, layari https://myxaas-innovations.ai/.


Kandungan ini disediakan oleh FINEXUS Sdn Bhd.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.