MIH Megatrends 2025 labuh tirai, bentuk hala tuju kukuh ke arah kesediaan penjagaan kesihatan masa hadapan
KUALA LUMPUR, 28 November 2025 – Persidangan Kesihatan Malaysia International Healthcare (“MIH”) Megatrends 2025 telah melabuhkan tirainya semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selepas tiga hari berlangsungnya perbincangan strategik yang memperkukuh kefahaman nasional mengenai keperluan menyelaraskan teknologi, pembaharuan sistem dan pendekatan penjagaan inklusif demi mempertingkat daya tahan serta kesiapsiagaan penjagaan kesihatan masa hadapan.
Siri perbincangan yang diadakan sepanjang persidangan ini berlangsung telah memperdalam kefahaman praktikal tentang peranan kecerdasan buatan dalam menyokong keputusan klinikal, bagaimana integrasi digital dapat memperkukuh kesinambungan rawatan serta kepentingan pendekatan mampan dalam memastikan daya tahan sistem jangka panjang. Sesi-sesi ini memberikan pemimpin dan pengamal kesihatan perspektif yang lebih jelas dalam menangani kerumitan yang semakin meningkat serta tuntutan yang terus berkembang dalam landskap kesihatan masa kini.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata MIH Megatrends 2025 telah menyediakan hala tuju bermakna bagi fasa seterusnya kemajuan sektor kesihatan. Beliau berkata, “MIH Megatrends 2025 mengukuhkan kepentingan membina sistem kesihatan yang bukan sahaja responsif terhadap keperluan semasa, malah berteraskan keupayaan jangka panjang dan daya tahan sistem. Di KPJ Healthcare, hala tuju ini digerakkan menerusi KPJ Health System yang mengintegrasikan amalan klinikal, pendidikan dan penyelidikan bagi memperkukuh standard penjagaan, memperluas perkhidmatan khusus serta menyokong pembangunan berterusan tenaga profesional kesihatan kami. Dipandu oleh tujuan Care for Life, kami komited untuk menterjemahkan pengetahuan kepada amalan, membangunkan bakat dan memacu penyelesaian berskala yang menyumbang kepada hasil rawatan lebih baik serta ekosistem kesihatan yang lebih mampan untuk Malaysia dan rantau ini.”
Dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama strategik KPJ Healthcare, MIH Megatrends 2025 menghimpunkan pembuat dasar, profesional kesihatan, ahli akademik dan pemain industri dari 25 hingga 27 November bagi membincangkan topik utama merangkumi kesihatan awam, kelestarian, penyakit tidak berjangkit serta transformasi sistem. Pertukaran pandangan ini sekali gus menegaskan kepentingan penyelesaian berskala dan berfokuskan pesakit dalam memperkukuh kesiapsiagaan sistem kesihatan negara.

Majlis penutup turut menyaksikan penyampaian anugerah oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Sri Suriani binti Datuk Ahmad bersama Pengerusi KPJ Healthcare Berhad, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail Bakar, bagi mengiktiraf kecemerlangan melalui Pertandingan Poster Saintifik MIH dan Pertandingan KRAFT Challenge 2025. Pengiktirafan ini menonjolkan peranan inovasi dan pembangunan bakat sebagai pemacu ke arah sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan.
Pada majlis yang sama, KPJ Healthcare turut mengumumkan pelaksanaan inisiatif KPJ ASEAN Clinical Fellowship Programme 2026, sebuah program pembangunan klinikal berstruktur yang menyediakan peluang pendedahan mendalam kepada doktor dari negara-negara ASEAN dalam disiplin kepakaran terpilih. Program ini memberi pengalaman pembelajaran secara langsung melalui penempatan klinikal di hospital-hospital KPJ, disokong oleh penyeliaan pakar serta kerangka latihan sistematik yang menyokong pengukuhan kemahiran, pemindahan pengetahuan dan pembangunan profesional merentas sempadan.

KPJ Healthcare turut memeterai tiga Memorandum Persefahaman di MIH Megatrends 2025 bagi memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang perkhidmatan dan pendidikan kesihatan. Kerjasama bersama FJR Mediterranean Healthcare Investment Group akan meneroka peluang dalam perkhidmatan steril dan operasi dialisis buah pinggang di Arab Saudi, manakala KPJ Healthcare University menjalin kerjasama dengan Elite Academy dalam pembangunan latihan berstruktur, pensijilan profesional serta inisiatif penyelidikan bagi menyokong pembangunan tenaga kerja kesihatan yang lebih berdaya saing.

MIH Megatrends 2025 melabuhkan tirai dengan penekanan jelas terhadap kemajuan praktikal dan kesiapsiagaan sistem, seiring usaha memperkukuh ekosistem kesihatan Malaysia yang lebih berdaya tahan serta bersedia menghadapi masa hadapan.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ healthcare
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/11/64d62b5c5c11e62b5a0d5f9908727a4a.jpg)
