Anemia kekurangan zat besi (IDA) merupakan antara masalah kesihatan menjejaskan jutaan kanak-kanak di seluruh dunia.

Di Malaysia, satu daripada tiga kanak-kanak di antara satu hingga tiga tahun berisiko mengalami anemia¹, dengan IDA sebagai punca utama. Keadaan ini lazimnya berpunca daripada pengambilan zat besi yang tidak mencukupi serta penyerapan zat besi yang rendah, terutama ketika dalam peringkat perkembangan utama apabila keperluan nutrien meningkat.

Tanpa pengesanan dan intervensi awal, IDA boleh menjejaskan perkembangan otak, keupayaan kognitif, daya tumpuan serta pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Sehubungan itu, pakar kesihatan, pembuat dasar dan penyelidik menggesa agar saringan bukan invasif dilaksanakan bagi kanak-kanak kecil untuk mengesan kekurangan zat besi lebih awal, sebelum ia menjejaskan tumbesaran dan perkembangan mereka.

Gesaan tersebut disampaikan sempena Arena Generasi Kuat Zat Besi, yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada edisi keempat inisiatif Generasi Kuat Zat Besi oleh Dumex Dugro

Intervensi awal, impak berkekalan

Majlis itu turut menyaksikan pengumuman pemain badminton beregu lelaki kebangsaan, Nur Izzuddin Rumsani, sebagai duta jenama baharu Dumex Dugro. Membesar bersama Dumex Dugro sejak tahun 1999, Izzuddin berkata beliau berharap dapat memanfaatkan platform yang dimilikinya untuk meningkatkan kesedaran mengenai kekurangan zat besi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

“Sebagai seorang bapa, mengetahui kesan IDA terhadap perkembangan otak kanak-kanak telah membuka mata saya. Apa yang menarik perhatian saya tentang inisiatif Iron Strong Generation ialah fokusnya dalam menterjemahkan kesedaran kepada tindakan menerusi peningkatan akses kepada saringan serta melengkapkan ibu bapa dengan pengetahuan yang mereka perlukan.

“Saya berbesar hati dapat menyokong usaha ini dan menggalakkan lebih ramai keluarga mengambil langkah pertama kepada intervensi ini,” katanya.

Pemakanan memainkan peranan penting dalam mencegah anemia kekurangan zat besi (IDA), dan komunikasi perlu memberi fokus kepada memperkasa, bukan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

Susu tumbesaran diiktiraf sebagai cara yang praktikal untuk membantu menampung jurang pemakanan kanak-kanak, dengan bukti menunjukkan ia dapat mengurangkan risiko anemia sehingga 50%. Dugro dengan Zat Besi Aktif membekalkan zat besi dan vitamin C² yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi sehingga tiga kali ganda. Pengambilan tiga gelas sehari dapat membantu kanak-kanak memenuhi sehingga 100% keperluan zat besi harian mereka³.

Dengan menyediakan penyelesaian yang mudah dan praktikal, pendekatan ini memperkasakan keluarga untuk mengambil langkah awal dengan yakin dalam meningkatkan pemakanan anak terutamanya pada usia kritikal 1 hingga 5 tahun, apabila risiko IDA adalah paling tinggi.

Melindungi perkembangan anak

Selain meningkatkan kesedaran mengenai IDA, acara ini turut mengetengahkan kesan jangka panjang keadaan tersebut terhadap masa depan negara. Menerusi sesi panel bertajuk ‘Kanak-kanak Kuat Zat Besi, Ekonomi Lebih Kukuh – Melindungi Tenaga Kerja dan Produktiviti Masa Depan Malaysia’, para pakar menegaskan kepentingan tindakan yang lebih menyeluruh, termasuk pelaksanaan intervensi sistemik bagi menangani IDA dalam kalangan kanak-kanak.

Dari sudut perubatan, Pakar Perubatan Keluarga Perunding, Dr Sri Wahyu Taher, menekankan cabaran dalam mengesan IDA. Beliau berkata bahawa kira-kira 90% kanak-kanak yang mengalami IDA tidak menunjukkan simptom yang jelas.

“Apabila tanda-tanda mula kelihatan, kekurangan zat besi mungkin sudah berada pada tahap yang lebih serius. Dalam banyak kes pula, simptomnya tidak spesifik, seperti mudah letih, kurang selera makan, perkembangan yang lebih perlahan dan kadangkala kulit kelihatan pucat. Sebab itu, saringan awal secara berkala amat penting,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Sains Perubatan & Pemakanan Danone Asia Tenggara, Angie Low berkongsi penemuan saintifik mengenai IDA. Beliau berkata: “Sebanyak 90% perkembangan otak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun. Justeru, tempoh ini amat kritikal untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimum.

Mengulas lanjut mengenai kepentingan intervensi awal, Ahli Parlimen Puchong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, YB Yeo Bee Yin, berkata angka tersebut wajar diambil kira dalam perbincangan belanjawan negara, dan kerajaan perlu mengutamakan dasar penjagaan kesihatan yang menangani IDA sejak peringkat awal.

Penyelidik Kanan dari Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (SERI), Muhammad Daniel Kittu mengupas implikasi ekonomi yang lebih luas berkaitan IDA. “Jika isu ini dilihat pada skala populasi, kehilangan produktiviti yang dikaitkan dengan IDA dalam kalangan kanak-kanak dianggarkan menelan kos sekitar RM10.8 bilion, atau bersamaan 0.6% daripada KDNK setiap tahun berdasarkan angka tahun 2022 dengan menggunakan andaian yang konservatif. Ini menunjukkan kesannya terhadap daya saing ekonomi negara dalam jangka panjang, di samping menggambarkan peluang pelaburan generasi yang besar yang sedang Malaysia lepaskan apabila kita gagal menangani IDA,” kata beliau.

Kerjasama pelbagai pihak pemangkin perubahan

Yee Pek Kuan, Pengarah Pemasaran Danone Malaysia & Singapura, berkata usaha menangani IDA memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk industri, penggubal dasar, profesional kesihatan, penyelidik, media dan ibu bapa.

“Sepanjang empat tahun lalu, kami memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang antara kesedaran dan tindakan melalui penyelesaian berasaskan sains, akses saringan yang lebih luas serta sokongan kepada ibu bapa. Kami akan terus menerjemahkan sains kepada penyelesaian yang mudah diakses dan mendekati keluarga lebih awal, sambil membina hubungan lebih bermakna dengan rakyat Malaysia menerusi kerjasama dengan ikon seperti Izzuddin,” katanya.

Sejak tahun 2023, Danone telah bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memperluas inisiatif saringan dan kesedaran anemia kekurangan zat besi (IDA) di seluruh Malaysia. Ini termasuk kerjasama strategik dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk melaksanakan saringan di peringkat nasional serta menganjurkan bersama program berasaskan komuniti.

Selain itu, Danone turut menyediakan sokongan pemakanan bersasar kepada kanak-kanak kurang berkemampuan melalui pengagihan produk Dumex Dugro dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sekali gus memperkukuh usaha menangani IDA kanak-kanak dan meningkatkan akses kepada pemakanan yang saksama. Sebagai sebahagian daripada inisiatif yang lebih menyeluruh ini, Danone juga bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk membangunkan Kertas Kedudukan Dasar yang bertujuan memasukkan saringan IDA mandatori dalam agenda kesihatan negara.

Dapatkan saringan IDA untuk anak anda melalui laman web Dumex Dugro di https://www.dugro.com.my/en/ida/ironscreening.html.

Rujukan

¹ Jalaludin MY et al. (2023). 38th Nutrition Society of Malaysia Scientific Conference, Kuala Lumpur, Malaysia.

² Dengan kombinasi optimum nisbah vitamin C:Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi

³ 3 gelas susu Dugro 3 memberi 100% pengambilan zat harian Zat Besi (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak 1-3 tahun.