thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Si cilik dan Tok Papa Nazri

Di KLCC semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempunyai dua tugas: Melancarkan kempen Jualan Kebangsaan 2017 dan menjaga cucu.

Kemanjaan dan kasih sayang dua generasi itu jelas terserlah apabila cucunya duduk di pangkuan Nazri ketika acara berlangsung.

Si cilik juga ternyata pandai menyesuaikan diri, walaupun wajahnya kelihatan bosan, beliau tidak mengganggu majlis atau membuat bising.

Kempen dilancarkan Nazri itu akan berlangsung di seluruh negara, tiga kali setahun.

Ia merangkumi Jualan Super 1Malaysia (1-31 Mac), Karnival Jualan Mega 1Malaysia (15 Jun-31 Ogos) dan Jualan Akhir Tahun 1Malaysia (1 November-31 Disember).