thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Menunggu waktu berbuka

Pelajar dari sebuah sekolah tahfiz menunggu waktu berbuka puasa dalam program Iftar@KL yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada setiap Sabtu dan Ahad, Iftar@KL  berjaya menarik ribuan pengunjung daripada pelbagai latar belakang, termasuk juga individu bukan Muslim.

Mereka memenuhi Jalan Raja di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad untuk menanti laungan azan dan berbuka puasa bersama-sama.

Seramai 300 sukarelawan tempatan dan antarabangsa ditempatkan bagi mengagihkan makanan yang disumbangkan secara percuma oleh JKKN.

Pengunjung juga turut disajikan dengan aneka juadah dari trak jualan makanan yang disediakan bagi memenuhi citarasa dan selera masing masing.