thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Selamat ulangtahun Mahathir & Siti Hasmah

Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali berkongsi kek hari jadi semasa perayaan majlis rumah terbuka Aidilfitri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, pada 12 Julai 2017.

Siti Hasmah mencecah usia 91 tahun manakala pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Mahathir, mencecah umur 92 tahun beberapa hari sebelum ini.

Pasangan itu bertemu ketika mengikuti kursus perubatan di Universiti Malaya di Singapura tujuh dekad lalu.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, tidak ada kek mahupun ucapan selamat hari jadi kepada bekas presiden Umno selama 22 tahun itu daripada ahli partinya.

Namun, kegirangan jelas terpancar di wajah Dr Mahathir bersama keluarga dan sahabat handai yang tersayang.