thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Bon Odori gaya Malaysia

Puluhan ribu membanjiri Kompleks Sukan Panasonic pada 22 Julai bagi meraikan festival masyarakat Jepun, Bon Odori ke-41 - acara kebudayaan terbesar Jepun di Malaysia.

Kawaii! Ungkapan dalam bahasa Jepun yang bermaksud comel tidak henti-henti meniti di bibir melihat ratusan pengunjung mengenakan kimono musim panas dikenali sebagai Yukata bagi wanita dan Haori pula bagi lelaki.

Festival Bon Odori dianggap sebagai antara festival yang paling penting bagi masyarakat Jepun dan diadakan pada setiap bulan Julai.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk tarian, nyanyian, persembahan dram dan gendang Jepun dengan tumpuan kepada tarian Obon.