thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Apa makna 31 Ogos bagi anda?

Tinggal 15 hari lagi rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-60.

Kedatangan 31 Ogos bukan sahaja tanda kita bebas dari penjajahan tetapi mempunyai makna yang luas dan setiap orang mempunyai definisi tersendiri tentangnya.

Seperti lazimnya, bendera negara ‘Jalur Gemilang’ megah dikibarkan bukan sahaja di rumah, kedai, pejabat, bangunan kerajaan mahupun swasta.