thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Warna-warni Merdeka

Mengambil semangat Sukan SEA 2017, sambutan ambang Merdeka bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok dengan acara bermula sebaik selesai majlis penutupan Sukan SEA yang melabuhkan tirai secara rasmi pada hari berkenaan.

Hari ini, kanak-kanak sekolah hadir pada raptai terakhir perarakan Hari Merdeka di Kuala Lumpur. Perarakan akan berlangsung di Dataran Merdeka pada Khamis, 31 Ogos.

Malaysia tahun ini meraikan Hari Merdeka ke-60.

Tahun ini, 'Negaraku Sehati Sejiwa' dipilih sebagai tema sambutan bagi menunjukkan pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.