thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Wajah merdeka

Selain perbarisan dan kawad, kehadiran orang ramai dengan pelbagai ragam turut memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-60 hari ini.

Sambutan itu lebih meriah apabila semalam negara ini disahkan menjadi juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudian mengumumkan kerajaan memberi cuti istimewa pada Isnin, 4 Sept ini membolehkan orang ramai menikmati cuti panjang selama lima hari mulai hari ini.