thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Seperti Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad melambaikan tangannya di saat beredar dari Istana Kehakiman, selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian Bank Negara Malaysia dalam pertukaran asing hari ini.

Bagi yang sekian lama mengikuti politik nasional pasti maklum Mahathir jarang membuat gaya sebegini - mengangkat tangan sepenuhnya ke arah penyokong.

Individu yang terkenal dengan gaya ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutama ketika era Reformasi dahulu.

Sama ada sengaja atau tidak, ia memberi makna tersendiri memandangkan kedua-duanya yang dahulunya musuh ketat, kini berada di pihak yang sama.