thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Bendera Umno masuk sekolah rendah

Bendera Umno memenuhi dewan dan kelas bagi acara pertandingan menghias kelas di sebuah sekolah rendah di Putrajaya, hari ini.

Malah murid-murid juga mengibarkan bendera itu ketika membuat persembahan sambil disaksikan Menteri Wilayah yang juga Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

Guru besar Mohd Amin Hamzah berkata tema majlis itu ditetapkan Kementerian Wilayah dan bendera parti itu hanya dikibarkan "untuk sementara sahaja".

Di saat seruan agar sekolah tidak dipolitikkan dan ada pemimpin pembangkang dilarang masuk ke sekolah walaupun atas kapasiti sebagai pemimpin kerajaan, tindakan itu ternyata menimbulkan persoalan.