thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Cahaya keriangan

Kanak-kanak menyalakan lilin sempena Pesta Tanglung dan Perayaan Kuih Bulan di Kuil Thean Hou di Kuala Lumpur pada Rabu, 4 Oktober 2017.

Mengikut kalendar Cina, masyarakat Cina di seluruh dunia menyambut perayaan pertengahan musim luruh atau Perayaan Kuih Bulan ini pada hari ke-15 bulan kelapannya setiap tahun, dan sambutan tahun ini jatuh pada 4 Okt.

Ahli keluarga dan rakan-rakan menyambutnya dengan menjamu kuih bulan sambil menghirup teh Cina sementara kanak-kanak sibuk bermain tanglung.