thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Makanan percuma tiga tahun

Mulai hari ini, untuk selama tiga tahun, Pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamad Md Yunos berikrar akan memberi makanan tengahari percuma kepada 1,000 rakyat setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Bertempat di Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, katanya semua rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan fahaman agama dipelawa menjamu selera tanpa sebarang bayaran dan mereka dibenarkan makan sehingga kenyang.

Pengunjung mempunyai pilihan nasi putih atau nasi minyak dengan juadah ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng, ikan sambal dan pelbagai sayuran serta kuih-muih.

Sambil menafikan usahanya itu mempunyai unsur politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Jamal hanya mengenakan satu syarat iaitu pengunjung perlu mencuci pinggan-mangkuk mereka sendiri.