thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Warna-warni Deepavali

Rakyat Malaysia berketurunan India semakin giat membuat persiapan sempena sambutan Deepavali esok.

Mengikut kepercayaan agama Hindu, sambutan Deepavali sama seperti menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan menyambut cahaya dalaman, bagi memupuk kesedaran dari dalam.

Mereka juga percaya bahawa dengan memasang pelita, cahayanya akan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kejahatan dan kebijaksanaan mengatasi segala kejahilan.

Bagi merayakan Deepavali, penganut Hindu juga akan menghiasi rumah mereka dengan ‘kolam’ atau ‘rangoli’ iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum terbit matahari.

Lazimnya, kolam ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.