thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Selepas Alor Setar, Arau pula

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad beredar usai program 'Rapat Umum Selamatkan Malaysia dan Kenduri Rakyat' di Alor Setar, 20 Oktober lalu.

Boleh dikatakan hampir setiap malam bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu memberikan ceramah di merata tempat seluru negara, selepas penubuhan Bersatu dan lebih-lebih lagi selepas parti itu menyertai HARAPAN.

Sehari kemudian, beliau menyertai program di Perlis pula.

Ramai pemerhati berpandangan pilihan raya umum (PRU) ke-14 merupakan penentu kelangsungan Bersatu, sama ada parti itu mampu bertahan atau berkubur seperti parti serpihan Umno sebelumnya.