Selamat jalan Jong-hyun
Diterbitkan: Dec 22, 2017 12:19 PM | Dikemas kini: Dec 22, 2017 12:41 PM
Puluhan peminat muzik K-pop tempatan berkumpul di 'River of Life' sekitar Masjid Jamek 21 Disember lalu, dalam acara nyalaan lilin bagi meratapi kematian bintang K-pop, Kim Jong-hyun.
Dikenali melalui boy band Shinee, Jong-hyun, 27 tahun, dipercayai membunuh diri pada 18 Disember lalu akibat tekanan perasaan.
Walaupun menyanyi dalam bahasa Korea, Shinee dan kumpulan K-pop yang lain mendapat sambutan hangat di negara ini, terutama di kalangan remaja. Benarlah, muzik merentasi sempadan budaya dan bahasa.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.