thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Mohon restu

Seorang penganut Hindu memohon restu sambil menanak nasi di kuil Sri Jagannatha Mandir, Kuala Lumpur, sempena pesta Ponggal.

Ponggal adalah perayaan menuai yang disambut selama empat hari pada bulan Thai mengikut kalendar masyarakat India.

Ia sempena berakhirnya musim menuai, dengan hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari.