thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Kuala Lumpur kian panas

Himpunan Tangkap Jho Low yang diadakan di  tengah Kuala Lumpur awal petang ini turut diwarnai dengan kemunculan dua watak penting dalam skandal membabitkan ahli perniagaan dari Pulau Pinang berkenaan.

Selain gambar Jho Low peserta himpunan berkenaan juga mengarak imej pelakon yang lebih dikenali dengan kegiatan sosialnya berbanding bakat, Paris Hilton, serta replika kapal dipercayai merujuk kepada Equanimity yang dirampas pihak berkuasa Indonesia di Teluk Benoa, Bali, baru-baru ini,

Low Taek Jho - nama sebenar Jho Low - adalah individu yang dikaitkan secara langsung dengan 1MDB dan dinamakan pihak berkuasa AS sebagai menyalahgunakan dana berkenaan.

Selain pernah dilihat berfoya-foya bersama Paris, 37, ahli perniagaan berusia 36 tahun itu juga mempunyai hubungan secara langsung dengan selebriti kelas A termasuk model Miranda Kerr dan Leonardo DiCaprio.