thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Kasut putih murah

Seorang peniaga “mencampakkan harga” dengan menjual kasut sekolah putih pada harga RM10 sepasang, dengan harapan mampu menghabiskan stoknya sebelum arahan Kementerian Pelajaran supaya pelajar memakai kasut hitam dikuat-kuasakan.

Lori mudah alih ini ditemui di luar sekolah rendah di Sungai Kandis, Selangor, yang akan menyaksikan pilihan raya kecil diadakan pada 4 Ogos ini.

Minggu lalu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malek mengumumkan bahawa murid-murid tidak lagi perlu berkasut putih mulai tahun depan. Katanya, keputusan berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.

Walau bagaimanapun, pada Sabtu lalu, Maszlee berkata pelaksanaan pemakaian kasut hitam kepada pelajar sekolah yang bermula tahun depan akan dibuat secara berperingkat.

Ini, menurut beliau, bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dan pelbagai pihak yang terlibat dapat menyesuaikan diri dengan ketetapan baru itu.