thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Lautan Putih di Dataran Merdeka

Dianggarkan sejumlah 80,000 menyertai himpunan terbesar selepas PRU ke-14 pada 9 Mei lalu.

Sebahagian peserta berkumpul di Masjid Negara untuk menunaikan sembahyang Zohor sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Mereka membanjiri lokasi bersejarah itu bagi menyatakan bantahan terhadap Icerd dan juga kesyukuran susulan keputusan kerajaan tidak meratifikasinya.

Merentasi panas tengah hari dan mendung petang, himpunan ini tamat secara aman dan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini di sebalik kerisauan yang disuarakan beberapa pihak.