thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Tetap ambil keputusan SPM

Biar pun dilanda pencemaran kimia, pelajar tingkatan 5 di Pasir Gudang hari ini tetap memenuhi Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk mengambil keputusan SPM yang keluar hari ini.

Semalam kerajaan mengumumkan semua sekolah di sana ditutup hingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pelbagai pihak mendesak kerajaan mengisytiharkan darurat di daerah itu, susulan masalah yang berpunca daripada pembuangan toksik di Sungai Kim Kim, 6 Mac lalu.