thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Salam damai untuk semua

Perhimpunan Solidariti Kedamaian yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini disertai pelbagai kaum.

Peserta berpakaian serba putih berarak dari pusat beli-belah Sogo ke Dataran Merdeka sambil melaungkan "hidup, hidup kedamaian" dan "tolak kebencian.

Himpunan itu diadakan bagi menyatakan solidariti terhadap mangsa tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu yang menyebabkan 50 terbunuh.

Rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 merupakan salah seorang mangsa yang terkorban.

Turut hadir perhimpunan itu adalah pemimpin politik dan diplomat negara luar.