thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Bersemuka di Rantau

Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan membuat keputusan penting bagi memilih wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil (PRK) DUN berkenaan yang berlangsung hari ini.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, Mohamad Hasan, calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram dan dua calon bebas, R Malar dan Mohd Nor Yasin.

Seramai 20,804 pengundi layak mengundi hari ini bagi menentukan wakil rakyat pilihan mereka.

DUN Rantau terdiri daripada 55 peratus pengundi Melayu, 26 peratus India, dan 18 peratus Cina.

PRK itu diadakan selepas mahkamah membatalkan kemenangan Mohamad Hasan pada pilihan raya umum lalu.