thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
PM dan kereta tanpa pemandu

Perdana Menteri mencuba kenderaan yang dilengkapi kemudahan teknologi komunikasi terkini dari Istana Kehakiman ke Kompleks Perbadanan Putrajaya untuk ke majlis pelancaran Pameran 5G.

Menyertai Dr Mahathir Mohamad dalam kereta Proton Exora itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Gob­ind Singh Deo.

Perjalanan itu mengambil masa selama lima minit.

Kereta 5G pemanduan sendiri itu dibangunkan syarikat Ericsson dan Celcom melalui perkongsian dengan eMooVit, sebuah syarikat pemula teknologi tinggi.

Ia dilengkapi kamera, radar dan alat pengesan yang membolehkah kenderaan itu mengesan persekitarannya.