thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
‘Avengers’ di Malaysia

Walaupun hari bekerja, peminat filem tetap membanjiri panggung-panggung wayang di seluruh Malaysia bagi menyaksikan filem dinanti-nantikan mereka Avengers: Endgame.

Penonton hadir dengan pelbagai ragam, termasuk memakai topeng hero kegemaran mereka.

Di Cineplex Mutiara Damansara, Petaling Jaya kira-kira 70 peminat telah berkumpul untuk menonton tayangan yang dibuka seawal 7 pagi.

Endgame menggabungkan pelbagai watak komik terkenal Marvel bagi berdepan musuh terhebat mereka Thanos.

Ia telah mencatatkan rekod jualan awal tiket tertinggi mencecah angkat RM11 juta.

Banyak panggung wayang yang sudah habis menjual tiket filem itu untuk sepanjang minggu ini.