Tengok anak bulan

Diterbitkan
Malaysiakini
Lensakini

Tarikh bermulanya Ramadan kini sudah diketahui jauh lebih awal, tetapi tradisi melihat anak bulan tetap diteruskan.

Menggunakan kaedah rukyah, pihak berkuasa agama melakukan rutin tersebut sambil disaksikan orang ramai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok - 6 Mei 2019 - seperti yang telah diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

Peringatan Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.