Berkorban di perantauan
Ratusan umat Islam Myanmar yang tinggal di Malaysia - sama ada berhijrah mahu pun sebagai pelarian - berkumpul di Selayang untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Bersembahyang di padang dan jalan raya, mereka kemudian melakukan ibadah korban di depan lot-lot kedai sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang dengan suasana penuh kekeluargaan - sesuatu yang lazim buat warga mana-mana negara di perantauan.
Baru-baru ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata sedang mengkaji idea mewujudkan perkampungan penempatan semula untuk mengumpulkan semula pelarian yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata ia memudahkan pemantauan pelarian sedia ada khususnya Rohingya, pada masa sama membolehkan komuniti berkenaan mendapat akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.