thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Menyambut 2020

Tahun baru kali ini memberi makna tersendiri kepada rakyat negara ini kerana pada tahun inilah Malaysia pernah disasarkan untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya.

Sasaran itu nampaknya masih belum dicapai. Isu ekonomi dan kos sara hidup masih menjadi antara persoalan utama.

Negara berbilang kaum ini juga terus diuji dengan isu-isu perpaduan rakyat.

Bagaimanapun, ia bukan penghalang untuk rakyat Malaysia menyambut tahun baru ini dengan penuh harapan dan azam.

Sebahagiannya, pada malam ini berkumpul di Dataran Merdeka bagi menyambut kehadiran tahun 2020.

Perjalanan perlu diteruskan.