thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Sarapan percuma untuk murid

Di bawah Program Makanan Tambahan (RMT), murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Suria di Kuala Lumpur dapat menikmati nasi lemak dan milo ais percuma.

Bermula pada 20 Jan 2020, program penambahbaikan RMT diperluas kepada lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Sebelum ini, RMT hanya dikhaskan untuk murid-murid sekolah rendah dari keluarga miskin tegar dan kurang upaya serta pelajar sekolah Orang Asli.

Ia kini diperluas untuk memasukkan pelajar dalam kategori "miskin" dan bukan sahaja "miskin tegar".

Fasa pertama pelancaran ini melibatkan 4,000 pelajar di 100 sekolah.