Prosedur ujian kesan Covid-19
Diterbitkan: Feb 26, 2020 9:58 PM
Pada 11 Januari lalu, saintis dari China telah berkongsi maklumat genetik wabak Covid-19 dalam pangkalan data guna sama.
Maklumat itu membolehkan pegawai Unit Virologi, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mereka cipta urutan reagen secara spesifik Covid-19.
Reagen untuk mengenal pasti Covid-19 itu tiba di makmal IMR pada 22 Januari dan pada masa yang sama, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) turut berkongsi virus dari keluarga virus yang sama seperti Covid-19.
Pegawai-pegawai dari IMR berjaya menjalankan ujian Covid-19 pada 22 Januari dan reagen itu diberikan kepada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh pada 24 Jan untuk menguji sampel kontak di Johor yang membolehkan kes pertama dikenal pasti.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.