thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Zuhur hening di Putrajaya

Umat Islam di Malaysia hari ini tidak menunaikan solat Jumaat sebagaimana kelaziman berikutan wabak Covid-19 yang sedang melanda, sebaliknya berganti sembahyang Zuhur di rumah masing-masing.

Pihak berkuasa agama dan masjid di seluruh negara akur dengan perintah kawalan pergerakan yang menyekat semua perhimpunan ramai, termasuk untuk kegiatan keagamaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad mengumumkan bahawa semua aktiviti di masjid di Wilayah Persekutuan termasuk solat Jumaat ditangguhkan bermula 17 hingga 26 Mac ini.

Jelas beliau, perkara itu dinyatakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas pada 15 Mac lalu.