thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Bantuan buat Rohingya melawan lapar

Seramai 50 keluarga pelarian Rohingya semalam menerima makanan daripada Pertubuhan Amal dan Kemanusiaan Selangor (HASS) di Kampung Sri Makmur, Gombak, Selangor - tidak jauh dari penempatan pelarian di Selayang.

Ketua komuniti Rohingya yang berkhidmat dengan HASS Rafik Shah Mohd Ismail berkata hampir 1,000 keluarga etnik Rohingya akan putus bekalan makanan susulan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

“...maka mereka juga akan terus berlapar selagi tempoh PKP ini berjalan” katanya.

Katanya, mereka tidak mempunyai kerja tetap dan hanya boleh bekerja dengan upah harian.

Selain bekalan makanan, kata Rafik, pelarian juga berdepan dengan masalah membayar sewa rumah.