thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Bulan tetap terang di kala pandemik

Fenomena bulan terang atau dikenali 'Super Pink Moon' yang dilihat dari sebuah bangunan pangsapuri di Shah Alam ketika tempoh perintah kawalan pergerakan 8 Mac, 2020.

Super Pink Moon dikatakan mendapat namanya kerana fenomena ini terjadi ketika musim bunga jenis phlox merah jambu berkembang mekar.

Kali ini, fenomena itu berlangsung ketika kebanyakan negara yang terjejas oleh Covid-19 di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, mengenakan undang-undang ketat agar orang awam berkurung di rumah.

Ia antara langkah diambil kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan wabak yang sudah mengorbankan lebih 83,000 di seluruh dunia, termasuk 63 nyawa di Malaysia.