thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Terkurung, tak dilupa

Seorang penghuni Selangor Mansion di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur menerima bekalan makanan dan barang keperluan di celah-celah kawat besi yang dipasang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.

Ia selepas bangunan itu, dan juga Malayan Mansion yang berhampiran, dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 7 April, susulan 15 kes positif Covid-19 dilaporkan di sana.

Menurut Panglima Tentera Darat Jeneral Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, kawat tersebut dipasang di beberapa tempat kritikal bagi memudahkan askar dan polis melakukan pemantauan.

Sebahagian besar daripada 6,000 penghuni di dua bangunan itu adalah warga asing.

Semalam, Menteri Pertahanan meminta pihak kedutaan menyediakan keperluan untuk rakyat mereka yang tinggal di situ, bagaimanapun Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memaklumkan bekalan makanan akan dibekalkan kepada mereka.

Ia merupakan arahan keempat PKPD selepas dua kampung di Simpang Renggam, Johor, kondominium City One di Kuala Lumpur, dan tujuh kampung di Hulu Langat Selangor.