thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Memburu Covid-19

Selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) diperkasakan berlangsung, penduduk di sekitar Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur, mula menjalani proses saringan bagi mengesan jangkitan wabak Covid-19, hari ini.

Tinjauan Malaysiakini mendapati, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang lengkap berpakaian pelindungan diri (PPE) turun menjelajah dari rumah ke rumah di kawasan itu serta di pasar Jalan Raja Bot bagi melengkapkan saringan berkenaan.

KKM mengesahkan Pasar Chow Kit menjadi kluster baru Covid-19 dengan 16 kes daripadanya membabitkan penularan tempatan.

Sumber Pusat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memaklumkan kedua-dua kawasan itu kini diletakkan bawah perintah PKP diperkasakan dan bukannya perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).