thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Dah sedia nak tengok wayang?

Salah satu rangkaian pawagam di ibu negara hari ini membuat persediaan untuk kembali operasi selepas kerajaan memberi kebenaran mulai 1 Julai ini.

Mereka antara lain melakukan proses nyah kuman ke atas premis dan peralatan yang akan digunakan nanti selain menandakan kedudukan di dalam pawagam.

Ini bagi mematuhi penjarakan sosial seperti mana pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada 22 Jun dilaporkan berkata, SOP mestilah ketat dari segi kawalan kemasukan dengan kapasiti masih kekal 250 orang dengan pemeriksaan suhu badan.

Aktiviti pawagam, teater dan acara secara langsung antara yang terpaksa dihentikan operasinya sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di negara ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Malaysia memulakan fasa PKP Pemulihan mulai 10 Jun selepas kadar jangkitan Covid-19 semakin dapat dikekang.