Ibadah di masjid
Diterbitkan: Jul 3, 2020 3:28 PM
Aliran trafik di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam meningkat pada tengah hari 3 Julai selepas kerajaan negeri membenarkan solat Jumaat diadakan.
Pada 1 Julai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengizinkan semua masjid dan surau di negeri itu dibuka untuk mendirikan solat Jumaat dan solat fardu mulai 3 Julai.
Bagaimanapun kebenaran itu tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Di masjid negeri jumlah kehadiran jemaah dihadkan kepada 1,000 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.