Mohon bantuan tuanku
Diterbitkan: Aug 24, 2020 6:27 PM
Poster Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah dijulang dalam demonstrasi membantah pengusiran pekebun haram durian Musang King di Raub, Pahang hari ini.
Pekebun mendakwa mereka menduduki tanah kerajaan itu kerana menyambut Rancangan Buku Hijau yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 70-an.
Mereka turut menghantar surat terbuka disokong 1,000 pekebun untuk memohon campur tangan baginda.
Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan tanah yang diduduki secara haram akan dipajakkan kepada Royal Pahang Durian Produce-PKPP Sdn Bhd (RPDP-PKPP) untuk 'menghalalkan' pendudukannya.
RPDP-PKPP ialah usaha sama antara Royal Pahang Durian Group yang dikaitkan dengan kerabat Pahang dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.