thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
'Predator' edar pelitup muka

Penghibur jalanan Mohd Nor Hisham Awang Nang, 47 menyarung kostum watak filem makhluk asing Predator di jalanan ibu negara.

Dia yang juga Orang Kelainan Upaya menyerahkan sebanyak 100 keping topeng pelitup muka kepada orang awam sekitar pusat kota Kuala Lumpur.

Bapa kepada tujuh cahaya mata itu berkata, idea memakai kostum Predator tercetus ketika menonton filem aksi sains fiksyen itu di rumahnya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Menurut Hisham, selain berniaga, dia juga dapat menghiburkan orang ramai berhampiran ibu kota dengan pemakaian kostum sebegitu.