thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Rezeki dalam PKP

Demi mendapat rezeki yang halal semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), usahawan kecil dan sederhana di Bazar Tok Guru di Kota Bharu, Kelantan beralih kepada aktiviti perniagaan secara dalam talian.

Pusat jualan borong dan runcit itu kini ditutup sepenuhnya. Bagaimanapun peniaga dibenarkan untuk hadir ke premis masing-masing untuk mengambil bekalan barangan dan melakukan kerja pada tempoh waktu tertentu.

Pihak pengurusan bazar tersebut turut membuat pemantauan ketat bagi memastikan aktiviti itu berjalan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.