thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Walau PKP, teruskan menderma darah

Malaysia memerlukan 2,000 beg darah sehari untuk memenuhi keperluan hospital bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara.

Semenjak pandemik melanda, Pusat Darah Negara (PDN) kerap kali berhadapan dengan masalah kekurangan stok tabung darah mereka.

Sebanyak 80 peratus kutipan darah bergantung kepada kempen derma darah bergerak.

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagaimanapun mengehadkan aktiviti kempen dan pergerakan penderma ke pusat darah statik.

Kerisauan juga timbul di kalangan orang awam berkenaan jangkitan wabak Covid-19.

Pakar Perubatan Transfusi, Dr Thane Moze Darumalinggam bagaimanapun berkata orang ramai tidak perlu risau

“Setakat sekarang belum ada kajian yang membuktikan penularan wabak ini melalui darah,” katanya.

Orang awam yang ingin menderma boleh mengikuti Facebook Pusat Darah Negara untuk maklumat terkini tentang waktu dan lokasi mereka beroperasi.