thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Bila Kit Siang jadi Batman

Sebuah pameran seni visual menampilkan 100 karya daripada 80 seniman tempatan diadakan sempena ulang tahun ke-80 veteran DAP Lim Kit Siang tahun ini.

Para seniman terlibat memberi perhormatan mereka terhadap tekad tokoh politik tanah air ini yang berjuang lebih setengah abad.

Menurut kurator Kenny Teng, projek tersebut dirahsia selama dua tahun setengah, sebagai kejutan untuk tokoh politik tersebut.

Karya-karya seni yang dipamerkan turut dihasilkan oleh para pengkarya hebat seperti Ahmad Zakii Anwar, Calvin Chua, Abdullah Jones, Cheong Tuck Wai, Gan Tee Sheng, Jeganathan Ramachandram, Khairuddin Zainudin, Kow Leong Kiang dan Yuki Tham.

Menariknya Ahli Parlimen Damansara Tony Pua turut menyumbang karya catannya untuk pameran ini.

Orang awam boleh melawat galeri Theatre Impian di Bukit Jalil mulai 31 Mac esok, setiap hari Selasa hingga Sabtu, dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.