‘Sakura’ Malaysia berkembang lagi
Diterbitkan: Mar 31, 2021 12:30 PM
Bukan di Jepun, tetapi Malaysia. Bukan sakura, tetapi pokok tekoma.
Walaupun berbeza, kedua-duanya tetap indah dipandang mata.
Pemandangan menarik saban tahun ini juga menarik perhatian ramai, termasuk menggamit orang ramai yang lalu-lalang berhenti mengetik kamera telefon bimbit masing-masing.
Pemandangan ini dirakamkan LensaKini di Jalan Sentul menuju ke Batu Caves dan laluan keluar lebuh raya MRR2 menghala ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.