thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Dari rakyat untuk rakyat

Situasi pandemik Covid-19 semakin meruncing menyebabkan ramai keluarga terjerumus ke dalam krisis kewangan.

Dengan pelbagai kekangan yang ada, usaha mereka mencari rezeki seperti biasa terhalang.

Menyedari kesulitan itu, pelbagai program bantuan makanan digerakkan bagi menolong mereka yang memerlukan terutamanya dari kumpulan B40.

Di kawasan petempatan Flat Fadason, Kepong, inisiatif Lions Food Aid digerakkan untuk golongan memerlukan.

Ia bukan sahaja dapat membantu meringankan beban kewangan, malah memastikan penduduk mempunyai bekalan makanan sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.