Squid Game di pusat beli-belah
Diterbitkan: Oct 21, 2021 4:01 PM
Selepas meletup di Netflix, Squid Game menjadi fenomena di mana-mana, tidak terkecuali Malaysia.
Sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya turut menghiburkan pengunjung dengan memasang patung ikonik drama itu serta menyediakan pemain cosplay.
Drama itu mengisahkan tentang pertandingan maut melibatkan permainan kanak-kanak melibatkan 456 peserta yang mengalami masalah kewangan teruk.

