thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Pasangan panda timang anak ketiga

Hari ini mencatit sejarah dalam hubungan diplomatik Malaysia dan China sempena penamaan anak panda gergasi, Sheng Yi yang membawa maksud keamanan dan persahabatan.

Sheng Yi anak ketiga kepada pasangan panda gergasi di Malaysia, Xing Xing dan Liang Liang.

Ini selepas kelahiran Nuan Nuan (2015) dan Yi Yi (2018) yang telah dihantar pulang ke China.

Anak beruang betina itu dilahirkan pada 31 Mei 2021 jam 8.30 malam dengan berat sekitar 140 gram akan mencapai usia setahun pada penghujung Mei 2022.

Sheng Yi kini berada dalam keadaan sihat dan telah mencapai berat melebihi 27 kilogram.