thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Haji cilik

Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2022 berlangsung di Maeps Serdang semalam. Ini adalah penganjuran keempat sejak ia diperkenalkan pada tahun 2016. 

Program anjuran Little Caliphs International Sdn Bhd berjaya mengumpulkan 7,150 murid tadika Little Caliph sekitar Lembah Klang dan 780 orang guru sebagai tenaga mutawwif. 

Objektif utama ia dianjurkan adalah untuk memberikan pendidikan dan pengalaman menunaikan ibadah haji pada murid-murid berumur enam tahun. 

Selain acara ikonik melakukan aktiviti tawaf mengelilingi replika Kaabah dengan ketinggian 10kaki, murid diajar cara memakai kain ihram, wuquf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, mabit di Mina, melontar jamrah, aktiviti sai dan tahalul.